Plot Kapten Hassan Wira Bangsa

Plot novel ini dijalin menurut kronologi.

  • Permulaan: Penceritaan dimulakan dengan kelahiran Hassan sehinggalah dia membesar dan belajar di Sekolah Pondok Kampung Sega, Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, sewaktu pendudukan Jepun pada Disember 1941, pengajian Hassan terhenti dan dia pulang ke kampung.
  • Perkembangan: Datuk Hassan, iaitu Penghulu Ismail telah mengahwinkan Hassan dengan Siti Zabedah. Ketika itu Hassan baru berumur 17 tahun. Isteri Hassan, ibu mentua, nenek mentuanya, dan nak buah isterinya telah dibunuh oleh pihak Bintang Tiga selepas Jepun menyerah kalah. Kemudian Penghulu Ismail pula di tangkap oleh pengganas komunis kerana disyaki bekerjasama dengan Jepun. Selepas kejadian itu, Hassan mengambil keputusan untuk menyertai Kor Rejimen Askar Melayu. Hassan kemudiannya diserapkan ke Rejimen Kedua Askar Melayu di Kem Bagan Pinang, Port Dickson. Selepas itu, Hassan telah diukarkan ke beberapa tmpat sehinggalah dinaikkan pangkat sebagai koperal dalam Pasukan Batalion Keempat Rejimen Askar Melayu. Dalam menjalankan tugasnya, Hassan telah bertempur dengan pengganas komunis di Ladang Sungai Kawang. Hari tersebut juga merupakan hari pertunangannya denagan Siti Aisyah Haji Bujang. Pada 16 November 1953 Hassan telah bertempur dengan pengganas komunis di Pahang.
  • Klimaks: Hassan mengetuai satu gerakan di kawasan Waterfall Estet. Dalam gerakan tersebut, beliau berjaya menumpaskan usaha pengganas komunis yang hendak bermesyuarat untuk menggagalkan sambutan Hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Seterusnya, Hassan gagal dalam peperiksaan kenaikan pangkat. Pada 5 Ogos 1962 , perkhidmatan Hassan ditamatkan tanpa sebarang sebab. Beliau turut gagal mendapatkan pencen kerana tidak memenuhi syarat walaupun telah berkhidmat selama 16 tahun. Hassan membuat rayuan kepada Menteri Pertahanan, iaitu Tun Abdul Razak. Akhirnya, Hassan diterima untuk menyambung perkhidmatannya semula dalam Pasukan Askar Wataniah.
  • Peleraian: Kapten Hassan diarahkan bertugas di beberapa tempat semsa berlaku konfrontasi dengan Kerajaan Republik Indonesia. Setelah konfrontasi tamat pada bulan Ogos 1966, Kapten Hassan mengambil keputusan untuk bersara pada 30 September 1967. Selepas bersara, beliau menceburi bidang perniagaan dan aktif dalam politik. Pada 30 April 1991, pukul 4.30 pagi, Hassan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Seremban kerana sakit lemah jantung.